Tuesday, February 24, 2009

SUMBANGAN MANGSA KEBAKARAN DERETAN KEDAI

Sumbangan mangsa kebakaran Changkat Lada 24.2.2009 jam 2 pagi. Sdra Mohd Ridzuan b. Hussein (Pengedar Gas & Beras). Mengalami kerugian berjumlah RM100,000.00.

Mangsa Kedua Sdra Osman b. Idris ( Bengkel Motor) mengalami kerugian berjumlah RM 45,000.00. Manakala mangsa ketiga yang menerima musibah ALLAH dari kebakaran deretan kedai di Changkat Lada ialah Sdra Abd Samad b. Shafihi yang lebih dikenali sebagai Pasarmini Halida.
Beliau juga adqalah merupakan Bendahari PAS Cawangan Changkat Lada, dan mengalami kerugian berjumlah RM200,000.00. Mereka semua diraikan bersama Al-Fadhil Ustaz Mustafa Shaari selaku Penyelia Dun Kg. Gajah dalam satu majlis ringkas penuh bermakna bagi mereka sendiri.


Semoga mereka yang menerima Ujian ALLAH ini akan tabah dan bersabar, amin Ya Rabb.

Sunday, February 22, 2009

ADA UDANG DI SEBALIK ME

Apa nak jadi dengan negara kita, dari hari ke hari, kita dengar pegawai-pegawai tertinggi hampir semua ada masalah dalam kepimpinan, dan lantikan mereka juga perlu memberikan kerjasama dalam keperluan pembangunan dan kepentingan kepimpinan UMNO itu sendiri.

Patutlah setiap permasalahan yang membabitkan anggota parti pembangkang tindakan dan soal siasat cukup cepat diambil tindakan. Kes pembelian lembu korban oleh MB Selangor serta pembaikan pulih kereta peribadinya di sahkan ada penyalahan gunaan kuasa. Hebat dan effesyen sekali Dato Ahmad Said - big bos SPRM bertindak. Tahniah.

Memang tidak dapat dinafikkan, kita merancang tuhan juga merancang: rupa-rupanya Dato yang ini juga adalah masalah keluarga dengan pihak UMNO, UMNO telah menolong anaknya dari di dakwa oleh Kerajaan Australia atas kesalahan membawa bahan lucah ( child ponography ) ke Australia. Anaknya seorang driver kapal terbang. Pak Lah memberikan jaminan dan memohon kepada kerajaan Australia agar membebaskan perilaku tersebut.

ZAKAT dan KERAJAAN DAP

Kerajaan Perak bawah pimpinan Pakatan Rakyat mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan penduduk negeri ini, khususnya dari kalangan umat Islam. Kutipan bayaran zakat pada tahun ini melompat sekali ganda dari tahun semasa Barisan nasional memerintah tempohari. Kutipan pada zaman pemeintahan PR kutipan menghampiri 60 Juta Ringgit Malaysia sedang semasa BN dulu tak sampai pun 32 juta.

Ini telah dinyatakan oleh Y. Bhg. Us. Mustafa Shaari, penyelia Dun Kg. Gajah semasa berucap di majlis Agihan Zakat penduduk Kg. Bandar Lama, kelolaan JKKK Kampong tersebut. Pada majlis itu seramai 16 orang penduduk yang di senarikan telah menerima agihan tersebut. Menurut Ketua Kampongnya, Haji Zamsuri bin Haji Zakaria ini adalah julung kali majlis serupa ini diadakan, ini juga adalah tanda muafakat kalangan penduduk yang berkemampuan dan sedia membantu kalangan warga miskin.

Haji Mustafa Shaari juga menyarankan agar penduduk kampong dapat hidup dalam harmoni serta tidak menggadaikan masa dengan dengan berpolitik sahaja. Walau pun difahamkan ada kalangan penduduk yang masih tidak mengiktirap peranan dan tanggongjawab ketua kampong yang dilantik olih kerajaan PR tempoh hari. Berkaitan dengan keadaan politik di Perak masa ini, biarlan ianya diselesaikan melalui proses apa yang sedang diambil tindakan ketika ini.

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO