Friday, November 28, 2008

MAJLIS SERAHAN ALATAN KE KAMPUNG2 DUN -49 -DITUNDA KE TARIKH BARU 1/12


BATAL 27/11/2008


Maghi raikan bersama, keadilan agihan peruntukan ke kampung-kampung amalan Kerajaan Pakatan Rakyat kini dan selama-lamanya.

Thursday, November 27, 2008

'Anak saya disabotaj': Dakwa bapa Sheikh Muszaphar

Bapa angkasawan pertama negara, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor mendakwa anaknya disabotaj sehingga timbul kontroversi kononnya menerima pendapatan mencecah RM1.2 juta. Sheikh Mustapha turut mengakui, sememangnya wujud banyak usaha pihak-pihak tertentu yang ingin mencalarkan imej baik anaknya, Sheikh Muszaphar dan tohmahan mengatakan angkasawan itu mengenakan bayaran RM8,000 untuk satu jam berceramah."Ya, mungkin Mus (panggilan mesra Dr. Sheikh Muszaphar) timbul sabotaj... saya tahu siapa orangnya, tapi saya tak nak cakap kerana saya tak mahu ada yang tersinggung."Saya sedih dengan apa yang berlaku tapi kami mengambil sikap tak mahu melenting kerana kami berserah pada Allah dalam hal ini," katanya.Beliau berkata demikian semasa ditemui bersama lima ahli keluarganya yang lain sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah untuk menunaikan haji selama 18 hari yang ditaja oleh kerajaan Arab Saudi semalam.Mengulas lanjut mengenai isu sabotaj itu, Sheikh Muszaphar berkata, beliau tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu dan menyifatkannya sesuatu yang remeh."Itu di luar bidang kuasa saya, saya sentiasa berfikir secara positif, ini dugaan daripada Allah dan ia juga adalah satu cara untuk saya kuatkan azam supaya bekerja dengan lebih bersungguh," ujarnya.Sementara itu, berhubung siasatan yang bakal dijalankan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Sheikh Muszaphar pula berkata, beliau bersedia menerima sebarang kemungkinan walaupun keputusan itu nanti mungkin tidak menyebelahinya.

Wednesday, November 26, 2008

BERKHATAN PERINGKAT DUN KG GAJAH

Dengan segala hormat dan penuh takzimnya
dijemput Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk hadir
ke majlis tersebut yang akan diadakan seperti berikut:

TARIKH / HARI
SABTU 29hb. Nov 2008
bersamaan
1 Zulhijjah 1429

JAM : 8.30 - 11.00 pg

BERTEMPAT
DEWAN ORANG RAMAI KG MATANG TOK EMBIN

ANJURAN
Pusat Khidmat Komuniti Dun Kg Gajah

MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR MERAIKAN BERSAMA.

Tuesday, November 25, 2008

Sikap anti kerajaan RTM Perak dikesali


IPOH, 25 Nov (Hrkh) - Rakyat negeri ini terkilan dan kesal dengan sikap RTM Perak menuduh Menteri Besar Perak, Dato� Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiada integeriti kerana melantik Exco Jamaluddin Mohd Radzi yang dikatakan "rasuah" oleh kerajaan Umno-BN sebagai Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak kelmarin.

Menurut siaran warta berita RTM Perak jam 5.00 petang semalam, kalau Jamaluddin dituduh rasuah mengapa Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) melantiknya sebagai Ketua Pasukan tersebut.

Seorang peminat bola sepak Perak, Razali Darus memberitahu Harakahdaily, nampaknya yang tiada integeriti adalah pihak RTM Perak itu sendiri kerana telah jelas dan nyata yang melantik Jamaluddin itu bukan Menteri Besar Perak tetapi Mesyuarat Jawatankuasa PAFA.

�Pihak RTM Perak juga seperti sudah buta huruf dan buta hati tidak tahu apa yang sedang berlaku kepada pucuk pimpinan parti politik Umno-BN kerana seperti sudah terang bersuluh pula, kerana kalau sudah dikaitkan kes Altantunya dengan Dato' Seri Najib Razak mengapa pula hendak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia akan datang?" dakwanya.

Tegasnya, mengapa RTM Perak tidak buat komen siang malam terhadap kes tersebut?

"Bukankah sudah terdedah kes Najib ada kaitanya dengan "hilang terus tanpa kesan" Altantunya?" soal Razali.

�Kami percaya Menteri Besar Perak adalah pemimpin yang ada integeriti tetapi malangnya pihak RTM Perak itu yang benar-benar perlu berlajar mendisplinkan diri supaya bijak membezakan kebenaran yang sebenarnya," sambungnya.

Dalam mesyuarat PAFA kelmarin, Nizar telah dilantik sebagai Presiden dan Setiausaha Akhbarnya, Anuar Hashim dilantik Setiausaha PAFA. - mns_

Sumber : - Ekmal Yusof
Tue | Nov 25, 08 | 3:17:39 pm MYT

Sunday, November 23, 2008

MB PERAK AKAN MENGATUR JADUAL BERTEMU MASYARAKAT DISELURUH DAERAH SETIAP SELASA


Setiap Selasa rakyat akan berdatangan ke Pejabat MB di Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk bertemu dengan YAB MB Perak bagi mengadu hal. Tradisi ini bermula sejak Tajol Rosli menjadi MB Perak, dan ia berterusan sehingga sekarang. Tetapi tidak semua rakyat ada peluang bertemu dengan MB kalau mereka tidak mengatur temu janji terlebih dahulu. Rakyat tentu kecewa, datang jauh mahu bertemu dengan MB, tetapi hajat mereka tidak kesampaian. Menyedari hari bertemu pelanggan setiap Selasa di Pejabat MB, masih tidak berkesan dan tidak praktikal, MB Perak telah bersedia untuk turun ke setiap daerah untuk bertemu dengan pelanggan di pejabat daerah masing-masing.

Jadual akan diatur bagi membolehkan YAB MB bersama pegawai-pegawainya bertemu pelanggan bagi menyelami dan membantu menyelesaikan segala permasalahan rakyat. Semoga dengan cara ini, kerajaan dan MB akan sentiasa dekat di hati rakyat.

Sunday, November 16, 2008

Kerajaan negeri akan sentiasa bantu SAR

IPOH, 17 Nov (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak akan sentiasa memastikan sekolah-sekolah agama rakyat terus dibela dan diangkat martabatnya kerana kerajaan negeri tidak rela melihat sekolah-sekolah agama rakyat berada dalam keadaan daif dan tidak diberikan perhatian sewajarnya.

"Kerajaan Negeri dengan kemampuan yang ada akan membantu sekolah agama rakyat di negeri ini."

Demikian ditegaskan Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim yang mewakili Menteri Besar Perak ketika berucap di Majlis Ihtifal Sekolah Rendah Islam Al-Ummah kali ke-16 yang diadakan di bangunan Perak Techno Trade Center (PTTC) di sini, semalam.

Menurut beliau, zaman malap sekolah agama rakyat telahpun berlalu, kini sekolah sekolah agama rakyat perlu merasa gembira kerana zaman tersebut telahpun berlaku apabila Pakatan Rakyat mengambil alih terajui negeri Perak dari BN.

Ini dibuktikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak apabila dalam Bajet 2009 yang baru diluluskan baru-baru ini telah peruntukan perkapita sebanyak RM60 seorang untuk sekolah rendah dan RM70 seorang untuk sekolah menengah.

"Saya merasa hairan ada orang yang mengaku Islam namun sanggup melihat sekolah agama 'dimatikan' dengan ditahan perkapita, ibu bapa diugut dan sebagainya," tegas beliau.

Katanya, semasa membahaskan Bajet 2008 Negeri Perak beliau mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Yayasan Islam Perak (YIP) bagi membantu memajukan pendidikan Islam di negeri ini.

Beliau berharap cadangan tersebut akan diterima demi kemajuan pendidikan Islam di negeri ini sekali gus mampu memartabatkan kembali sekolah-sekolah agama rakyat yang satu ketika dahulu menjadi kebanggaan umat Islam. - mns _

MAKAN MALAM BERSAMA KELAB PENYOKONG PAS & PAKATAN RAKYAT

Friday, November 07, 2008

SENARAI PENDEK KETUA KAMPUNG DUN KG GAJAH


MUKIM KOTA SETIA

KG SEJAGOP – AHROHIM B. MAT NASIR
019-5036134

KG SG MANGKOK – ZAINAL ABIDIN B. ABD RAHMAN
013-2308672

KG SG RANGGAM – ABDUL KADIR B. HJ. RAMLI
05-6212810

KG SG BESAR – ABDULLAH B. DIN
05-6225850

MUKIM KAMPONG GAJAH

KG BATU HITAM – HJ. ABD KARIM B. MANSOR
019-5635931

KG. BENDANG BESAR – AHMAD KAMIL B. SIDON
013-5994727

KG TANJUNG – ALIAS B. LEBAR
019-5061943

KG. CHANGKAT RAMBAI – ISMAIL B. USUP
019-5429643

KG. TELOK – JOHARI B. MAT YASIN
05-6311290

KG. MATANG TOK EMBIN – ROHIZAL JAMALI B. SHAARI
019-4623490

KG SUNGAI GALAH – ABD RAZAK B. ABD RAHMAN
013-4718254

KG BALUN BIDAI – HASSAN B. ASNAWI
019-5649112

KG BANDAR LAMA – HJ ZAMSURI B. HJ ZAKARIA
019-5783147

MUKIM PULAU TIGA

KG BARU – ABASS B. HASYIM
019-5088529

KG. EMPAI – MOHD SALLEH MOHD KASSIM
013-5239693

KG. JAWA – HJ. SOID B. IBRAHIM
012-5054341

KG. PASIR GARAM – BAHARUDDIN B. SAHUDDIN
019-5111954

KG. PASIR KUBU – MOHD SARJIDI B. IBIN
016-5405944

KG. PASIR PUTEH – SURATMAN B. THALIMON
019-5894846

KG. PULAU TIGA KIRI – ABD SAMAD B. ABD RAHMAN
019-5778501

KG. TANJUNG BIDARA – MOHD NASARUDDIN B. SANI
019-4767845

Tuesday, November 04, 2008



XTVT PENYELIA DUN KG GAJAH YANG SENTIASA BERKHIDMAT

SERAHAN BANTUAN KEPADA FAKIR MISKIN & IBU TUNGGAL OKT 2008

Monday, November 03, 2008

OPERASI BANJIR DUN KG GAJAH OKT 2008


Suasana banjir...operasi banjir dari Pasukan Khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kg Gajah. Misi yang berjaya membawa bersama syiar ISLAM dan komitmen jemaah membantu mangsa sekitar yang terlibat.

Terima Kasih yang tak terhingga kepada DERMAWAN & PETUGAS sekalian yang tidak mengenal jemu membantu & berkhidmat. YA ALLAH YA RAHMAN YA ROZAQ, LIMPAHILAH MEREKA YANG TERLIBAT DALAM SEGALA OPERASI INI DENGAN KERAHMATAN DAN KEREDHOAN-MU AMPUNI DOSA-DOSANYA SEBAGAIMANA ENGKAU AMPUNI DOSA-DOSA YANG TELAH BERTAUBAT NASUHA KEPADA-MU YA ALLAH, AMIN YA RABB.

AIDILFITRI D' DUN KG GAJAH




TAHNIAH & TERIMA KASIH buat seluruh tenaga kerja dalam menjayakan program Sambutan Aidilfitri MB Perak Bersama Penduduk DUN Kampong Gajah. Semoga keredhoaan ALLAH sentiasa bersama antum kalian. Kemeriahan tercapai dengan usaha-usaha kalian. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO