Wednesday, January 27, 2010

PAS Kutuk Insiden Kepala Babi

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 27 Jan: PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membaling kepala babi di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, perbuatan khianat ini jelas bertujuan untuk memprovokasi umat Islam untuk bertindakbalas.

"PAS berharap agar umat Islam dinegara ini dapat bertenang dan tidak terpengaruh dengan provokasi ini," jelasnya.

Tambahnya, sejak keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God', jenayah membakar, menyerang dan cuba menimbulkan ketegangan kaum menjadi-jadi.

PAS juga berharap agar pihak Polis meningkatkan rondaan keselamatan dan juga membuat siasatan segera terhadap insiden yang dilaporkan.

"PAS menyeru kepada rakyat dan NGO membantu pasukan keselamatan bagi memantau perkara ini bagi mengelakkan tindakan yang tidak bertanggungjawab ini terus berlaku," jelasnya

Monday, May 04, 2009

iklan.... peluang

Can't view the HTML content? Click here to view it in browser.
More to enjoy for TM subscribers.
Kehidupan selesa dan damai merupakan kriteria utama bagi setiap pembeli rumah. Kemudahan pinjaman dan empat insentif menarik disediakan bagi membawa anda selangkah lebih dekat dengan rumah impian anda. Kini, Jualan Hartanah PKNS selama 30 hari memberi peluang untuk anda memiliki rumah yang selesa dengan harga mampu milik.

Anda juga berpeluang memenangi hadiah berupa unit Pangsapuri, peti sejuk, kabinet dapur dan banyak lagi sekiranya anda layak untuk menyertai cabutan bertuah kami. Hubungi kami untuk maklumat selanjutnya.
Semua GALERI JUALAN PKNS dibuka 9.00 pagi - 5.00 petang semasa promosi berlangsung termasuk cuti umum.

Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-7954-3333 | 03-5519-2211 | 03-8925-0216

atau layari www.pkns.gov.my

Thursday, April 30, 2009

Resolusi Permuafakatan Ketua-ketua Kampung PR Perak

IPOH, 30 April - Pagi tadi telah berlangsung himpunan Ketua-ketua Kampung PR Peringkat Negeri Perak. Majlis telah berlangsung di Dewan Orang Ramai, Taman Meru, dekat Ipoh.


Satu resolusi telah dibuat pada akhir perhimpunan tersebut :

1. BERSETUJU MEMBENTUK JAWATANKUASA BERTINDAK KETUA-KETUA KAMPUNG SELURUH PERAK BAGI MENGGERAKKAN KEMPEN MENENTANG PEMECATAN KETUA KAMPUNG OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL NEGERI PERAK.

2. BERSETUJU DAN BERSEPAKAT AKAN MENYERAHKAN MEMORANDUM KEPADA KERAJAAN BN MENUNTUT MENGEKALKAN KETUA-KETUA KAMPUNG DAN MENGEKALKAN JKKK SEHINGGA TEMPOH PERKHIDMATAN TAMAT.

3. BERSETUJU DAN BERSEPAKAT AKAN MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PEMECATAN KETUA-KETUA KAMPUNG & PEMBUBARAN JKKK.

4. BERSETUJU DAN BERSEPAKAT SELURUH KETUA-KETUA KAMPUNG DAN JKKK MENERUSKAN PERKHIDMATAN KEPADA RAKYAT WALAUPUN TIDAK DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN BN.

5. BERSETUJU DAN BERSEPAKAT UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KERAJAAN BN YANG MENAMATKAN PERKHIDMATAN KETUA-KETUA KAMPUNG DAN MEMBUBARKAN JKKK SEBELUM TEMPOH PERKHIDAMATAN TAMAT.

6. BERSEPAKAT MENUNTUT SUPAYA KEMELUT DAN KRISIS POLITIK NEGERI PERAK DISELESAIKAN MELALUI PEMBUBARAN DUN BAGI MEMBOLEHKAN RAKYAT MEMILIH SEMULA KERAJAAN BARU NEGERI PERAK.

Thursday, April 23, 2009

moh kita raikan bersama

Sunday, March 01, 2009

DAFTARLAH IKAP (IKATAN ANAK2 PERAK DIPERANTAUAN)

Bagi anak-anak Perak yang berada di perantauan, IKAPP mempelawa anda untuk mendaftar sebagai ahli Ikatan Anak-Anak Perak Diperantauan. Antara objektif utama :

  • Penyebaran Maklumat Semasa.
  • Perkongsian Usaha Membantu Kerajaan (Sah) Perak.
  • Memastikan Anak-Anak Perak Yang Menjadi Pengundi Di Perak Pulang Untuk Mengundi.
  • Mengeratkan Ukhwah Antara Anak-Anak Perak Di Perantauan.

Sila mendaftar secara online dengan menghantar sms seperti berikut:

ANAK PERAK#nama#IC#Alamat#Parlimen Mengundi dan hantar ke :

013-222 6018
Contoh :

ANAK PERAK#Muhammad Bin Ali#740204085367#No 9, Jalan SG 10/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor#Kuala Kangsar

Tuesday, February 24, 2009

SUMBANGAN MANGSA KEBAKARAN DERETAN KEDAI

Sumbangan mangsa kebakaran Changkat Lada 24.2.2009 jam 2 pagi. Sdra Mohd Ridzuan b. Hussein (Pengedar Gas & Beras). Mengalami kerugian berjumlah RM100,000.00.

Mangsa Kedua Sdra Osman b. Idris ( Bengkel Motor) mengalami kerugian berjumlah RM 45,000.00. Manakala mangsa ketiga yang menerima musibah ALLAH dari kebakaran deretan kedai di Changkat Lada ialah Sdra Abd Samad b. Shafihi yang lebih dikenali sebagai Pasarmini Halida.
Beliau juga adqalah merupakan Bendahari PAS Cawangan Changkat Lada, dan mengalami kerugian berjumlah RM200,000.00. Mereka semua diraikan bersama Al-Fadhil Ustaz Mustafa Shaari selaku Penyelia Dun Kg. Gajah dalam satu majlis ringkas penuh bermakna bagi mereka sendiri.


Semoga mereka yang menerima Ujian ALLAH ini akan tabah dan bersabar, amin Ya Rabb.

Sunday, February 22, 2009

ADA UDANG DI SEBALIK ME

Apa nak jadi dengan negara kita, dari hari ke hari, kita dengar pegawai-pegawai tertinggi hampir semua ada masalah dalam kepimpinan, dan lantikan mereka juga perlu memberikan kerjasama dalam keperluan pembangunan dan kepentingan kepimpinan UMNO itu sendiri.

Patutlah setiap permasalahan yang membabitkan anggota parti pembangkang tindakan dan soal siasat cukup cepat diambil tindakan. Kes pembelian lembu korban oleh MB Selangor serta pembaikan pulih kereta peribadinya di sahkan ada penyalahan gunaan kuasa. Hebat dan effesyen sekali Dato Ahmad Said - big bos SPRM bertindak. Tahniah.

Memang tidak dapat dinafikkan, kita merancang tuhan juga merancang: rupa-rupanya Dato yang ini juga adalah masalah keluarga dengan pihak UMNO, UMNO telah menolong anaknya dari di dakwa oleh Kerajaan Australia atas kesalahan membawa bahan lucah ( child ponography ) ke Australia. Anaknya seorang driver kapal terbang. Pak Lah memberikan jaminan dan memohon kepada kerajaan Australia agar membebaskan perilaku tersebut.

ZAKAT dan KERAJAAN DAP

Kerajaan Perak bawah pimpinan Pakatan Rakyat mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan penduduk negeri ini, khususnya dari kalangan umat Islam. Kutipan bayaran zakat pada tahun ini melompat sekali ganda dari tahun semasa Barisan nasional memerintah tempohari. Kutipan pada zaman pemeintahan PR kutipan menghampiri 60 Juta Ringgit Malaysia sedang semasa BN dulu tak sampai pun 32 juta.

Ini telah dinyatakan oleh Y. Bhg. Us. Mustafa Shaari, penyelia Dun Kg. Gajah semasa berucap di majlis Agihan Zakat penduduk Kg. Bandar Lama, kelolaan JKKK Kampong tersebut. Pada majlis itu seramai 16 orang penduduk yang di senarikan telah menerima agihan tersebut. Menurut Ketua Kampongnya, Haji Zamsuri bin Haji Zakaria ini adalah julung kali majlis serupa ini diadakan, ini juga adalah tanda muafakat kalangan penduduk yang berkemampuan dan sedia membantu kalangan warga miskin.

Haji Mustafa Shaari juga menyarankan agar penduduk kampong dapat hidup dalam harmoni serta tidak menggadaikan masa dengan dengan berpolitik sahaja. Walau pun difahamkan ada kalangan penduduk yang masih tidak mengiktirap peranan dan tanggongjawab ketua kampong yang dilantik olih kerajaan PR tempoh hari. Berkaitan dengan keadaan politik di Perak masa ini, biarlan ianya diselesaikan melalui proses apa yang sedang diambil tindakan ketika ini.

Wednesday, January 28, 2009

PELUANG KEMAHIRAN

JADUAL PROGRAM JANUARI / FEBUARI 2009

ANJURAN BERSAMA

PERSATUAN PENTERNAK IKAN BUMIPUTERA MALAYSIA

DAN

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

……………………………………………………………………………………………

Tarikh :- 31 / 01 / 2009 (Sabtu)

  1. TERNAKAN DAN PEMBENIHAN IKAN KELI
  2. TERNAKAN IKAN PUYU

………………………………………………………………………………………………

Tarikh :- 01 / 02 / 2009 (Ahad)

  1. PEMBUATAN MAKANAN IKAN AIR TAWAR / UDANG
  2. TERNAKAN SIAKAP SECARA INTENSIF DALAM KANVAS

………………………………………………………………………………………………

YURAN SATU KURSUS RM 150.00 ( Tempat Terhad )

………………………………………………………………………………………………

Tempat :- Dewan Kuliah

Jabatan Perkhidmatan Haiwan Selangor (Jabatan Haiwan )

Sek. 15, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

(Belakang Balai Polis Sek 15)

Masa :- 8.30 pagi - 5.00 petang


Free Image Hosting At IMAGE HOSTING - ImageHosting.grFree Image Hosting At IMAGE HOSTING - ImageHosting.gr

Tempat Teori yang selesa

Free Image Hosting At IMAGE HOSTING - ImageHosting.grFree Image Hosting At IMAGE HOSTING - ImageHosting.gr

Teknik Pembenihan Ikan keli Ternakan Ikan Dalam Kanvas

Free Image Hosting At IMAGE HOSTING - ImageHosting.gr

Ternakan Siakap Ikan Dalam Kanvas

JAMINAN
Pembelian Balik produk yang dihasilkan oleh peserta


SIJIL PENYERTAAN

Oleh Kerajaan Negeri Selangor diberikan selepas tamat program

PENCERAMAH KURSUS
Mereka yang terbukti berjaya dan diiktiraf oleh PPIBM


KAEDAH KURSUS
Teori dan Praktikal ( Hand On Program )

Berminat Hubungi :-

014 – 630 5778 ( SAIFUL )

013 – 222 3579 ( NAZLI )

013 – 340 0717 ( WAN )

012 – 326 1310 ( ZAKI )

013 – 234 8215 ( WAHAB )

MAKLUMAT KURSUS URBAN AGRICULTURE

PENGENALAN

Kursus ini merangkumi pelbagai aspek perancangan dan pengurusan kerja-kerja program / projek.. Modul kursus akan melibatkan kuliah kerja amali (hands-on-experience) serta demontrasi yang akan dikendalikan oleh pakar-pakar tempatan yang berpengalaman.

OBJEKTIF KURSUS

Objektif kursus adalah seperti berikut :

i. Mendedahkan para peserta kepada proses perancangan, pelaksanaan serta pengurusan kerja-kerja program / projek

ii. Mendedahkan para peserta kepada teknik-teknik program / projek.

iii. Menyebarkan maklumat-maklumat terkini berkaitan industri yang berkaitan

iv. Menggalakkan interaksi dan kerjasama antara mereka yang terlibat dalam industri yang sama

PENDEKATAN KURSUS

Kursus yang dianjurkan ini akan menggunakan pendekatan formal dan informal. Aktiviti formal akan lebih tertumpu kepada pembelajaran berbentuk kuliah, pembentangan kertas kerja, pengagihan nota, dan penggunaan kemudahan ICT. Aktiviti yang tidak formal pula akan tertumpu kepada aktiviti perkongsian pandangan dan perbincangan, gerak kerja berkumpulan dan latihan amali.

SILIBUS KURSUS

i. Pengenalan kepada kursus dan sejarah .

ii. Pengenalan asas program / projek.

iii. Asas bahan media / medium

iv. Pengurusan bahan utama dan amalan tapak projek.

v. Teknik pemilihan dan program / projek.

vi. Penyelenggaraan program / projek

vii. Penyakit dan perosak.

viii. Teknik pemasaran yang mudah dan efisen

ix. Praktikal .

PERSATUAN PENTERNAK-PENTERNAK

IKAN BUMIPUTERA MALAYSIA

PROFIL PERSATUAN

Persatuan Penternak-penternak Ikan Bumiputera Malaysia (PPIBM) ditubuhkan pada 19 November 2008 bertujuan menyatupadukan penternak-penternak ikan bumiputera yang menjalankan penternakan di Malaysia.

MATLAMAT

1. Memperkasakan Industri Akuakultur Malaysia .

2. Memperkenalkan produk ke pasaran Global.

3. Membantu penternak-penternak bumiputera dalam pasaran.

4. Menstabilkan harga-harga ikan mengikut pasaran semasa dari pesaing bukan bumiputera.

5. Membela nasib penternak bumiputera

6. Membimbing penternak dengan kaedah penternakan moden dan terkini.

7. Membantu penternak baru.

8. Menyediakan latihan, bimbingan dan nasihat.

9. Penyelidikan dan pembangunan (R & D).

10. Menyediakan tempat dan lokasi penternakan .

11. Bantuan kewangan dan pinjaman.

12. Tabung bencana alam kepada penternak.

13. Insurans berkelompok.

14. Khairat kematian penternak.

15 Kemudahan-kemudahan yang difikirkan perlu

KEAHLIAN PPIBM

• Ahli-ahli PPIBM terbuka kepada semua bumiputera Malaysia .

• Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah keahlian melalui borang keahlian.

• Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah melalui Ahli Jawatankuasa Tertinggi persatuan.

• Ahli yang baru mendaftar dikenakan bayaran pendaftaran keahlian sebanyak RM50.00 sebagai bayaran kos pengurusan dan peralatan seperti kad keahlian, borang, surat-menyurat dan sebagainya..

• Yuran keahlian yang perlu dijelaskan adalah sebanyak RM120 (satu ratus dan dua puluh sahaja) setiap tahun dan boleh dijelaskan melalui tiga cara seperti berikut:

1. RM120.00 setahun (sekaligus).

2. RM60.00 (dua kali setahun).

KELEBIHAN MENJADI AHLI

• Setiap ahli diberi jaminan pasaran.

• Tiap-tiap ahli persatuan akan dilindungi oleh insurans berkelompok.

• Ahli mendapat tabung bencana alam apabila berlaku risiko penternakan seperti banjir, ribut dan sebagainya.

• Setiap ahli persatuan akan menerima khairat kematian dari persatuan.

• Pihak pengurusan persatuan akan memasarkan produk ke pasaran antarabangsa.

• Pihak pengurusan persatuan akan menyediakan bantuan kewangan dan pinjaman iaitu melalui kerjasama dengan pihak Agro Bank, dan TEKUN serta Kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani melalui dana khas dan badan kewangan lain.

• Setiap ahli dibimbing dengan kaedah penternakan moden dan terkini

• Menstabilkan harga ikan.

• Kemudahan-kemudahan lain yang difikirkan perlu oleh pihak persatuan.

Saturday, January 24, 2009

Ceramah Agama Oleh Dato Dr. Harun Din

Dengan segala hormatnya saya menjemput semua bloggers dan warga Perak ke Kediaman Rasmi Menteri Besar pada 1 Februari 2009 ini untuk kita sama-sama menerima santapan rohani dari ulama' yang hebat dan ulung di tanahair kita iaitu Dato Dr. Harun Din Al-Hafiz. Semoga dengan kehadiran semua akan memberkati lagi majlis ilmu yang bakal dianjurkan nanti.

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO