Sunday, February 22, 2009

ZAKAT dan KERAJAAN DAP

Kerajaan Perak bawah pimpinan Pakatan Rakyat mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan penduduk negeri ini, khususnya dari kalangan umat Islam. Kutipan bayaran zakat pada tahun ini melompat sekali ganda dari tahun semasa Barisan nasional memerintah tempohari. Kutipan pada zaman pemeintahan PR kutipan menghampiri 60 Juta Ringgit Malaysia sedang semasa BN dulu tak sampai pun 32 juta.

Ini telah dinyatakan oleh Y. Bhg. Us. Mustafa Shaari, penyelia Dun Kg. Gajah semasa berucap di majlis Agihan Zakat penduduk Kg. Bandar Lama, kelolaan JKKK Kampong tersebut. Pada majlis itu seramai 16 orang penduduk yang di senarikan telah menerima agihan tersebut. Menurut Ketua Kampongnya, Haji Zamsuri bin Haji Zakaria ini adalah julung kali majlis serupa ini diadakan, ini juga adalah tanda muafakat kalangan penduduk yang berkemampuan dan sedia membantu kalangan warga miskin.

Haji Mustafa Shaari juga menyarankan agar penduduk kampong dapat hidup dalam harmoni serta tidak menggadaikan masa dengan dengan berpolitik sahaja. Walau pun difahamkan ada kalangan penduduk yang masih tidak mengiktirap peranan dan tanggongjawab ketua kampong yang dilantik olih kerajaan PR tempoh hari. Berkaitan dengan keadaan politik di Perak masa ini, biarlan ianya diselesaikan melalui proses apa yang sedang diambil tindakan ketika ini.

Seja o primeiro a comentar

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO