iklan.... peluang

Can't view the HTML content? Click here to view it in browser.
More to enjoy for TM subscribers. | ||||||||||||||||||||
|
Can't view the HTML content? Click here to view it in browser.
More to enjoy for TM subscribers. | ||||||||||||||||||||
|
IPOH, 30 April - Pagi tadi telah berlangsung himpunan Ketua-ketua Kampung PR Peringkat Negeri Perak. Majlis telah berlangsung di Dewan Orang Ramai, Taman Meru, dekat Ipoh.
Apa nak jadi dengan negara kita, dari hari ke hari, kita dengar pegawai-pegawai tertinggi hampir semua ada masalah dalam kepimpinan, dan lantikan mereka juga perlu memberikan kerjasama dalam keperluan pembangunan dan kepentingan kepimpinan UMNO itu sendiri.
Patutlah setiap permasalahan yang membabitkan anggota parti pembangkang tindakan dan soal siasat cukup cepat diambil tindakan. Kes pembelian lembu korban oleh MB Selangor serta pembaikan pulih kereta peribadinya di sahkan ada penyalahan gunaan kuasa. Hebat dan effesyen sekali Dato Ahmad Said - big bos SPRM bertindak. Tahniah.
Memang tidak dapat dinafikkan, kita merancang tuhan juga merancang: rupa-rupanya Dato yang ini juga adalah masalah keluarga dengan pihak UMNO, UMNO telah menolong anaknya dari di dakwa oleh Kerajaan Australia atas kesalahan membawa bahan lucah ( child ponography ) ke Australia. Anaknya seorang driver kapal terbang. Pak Lah memberikan jaminan dan memohon kepada kerajaan Australia agar membebaskan perilaku tersebut.
Kerajaan Perak bawah pimpinan Pakatan Rakyat mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan penduduk negeri ini, khususnya dari kalangan umat Islam. Kutipan bayaran zakat pada tahun ini melompat sekali ganda dari tahun semasa Barisan nasional memerintah tempohari. Kutipan pada zaman pemeintahan PR kutipan menghampiri 60 Juta Ringgit Malaysia sedang semasa BN dulu tak sampai pun 32 juta.
Ini telah dinyatakan oleh Y. Bhg. Us. Mustafa Shaari, penyelia Dun Kg. Gajah semasa berucap di majlis Agihan Zakat penduduk Kg. Bandar Lama, kelolaan JKKK Kampong tersebut. Pada majlis itu seramai 16 orang penduduk yang di senarikan telah menerima agihan tersebut. Menurut Ketua Kampongnya, Haji Zamsuri bin Haji Zakaria ini adalah julung kali majlis serupa ini diadakan, ini juga adalah tanda muafakat kalangan penduduk yang berkemampuan dan sedia membantu kalangan warga miskin.
Haji Mustafa Shaari juga menyarankan agar penduduk kampong dapat hidup dalam harmoni serta tidak menggadaikan masa dengan dengan berpolitik sahaja. Walau pun difahamkan ada kalangan penduduk yang masih tidak mengiktirap peranan dan tanggongjawab ketua kampong yang dilantik olih kerajaan PR tempoh hari. Berkaitan dengan keadaan politik di Perak masa ini, biarlan ianya diselesaikan melalui proses apa yang sedang diambil tindakan ketika ini.
JADUAL PROGRAM JANUARI / FEBUARI 2009
ANJURAN BERSAMA
PERSATUAN PENTERNAK IKAN BUMIPUTERA MALAYSIA
DAN
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
……………………………………………………………………………………………
Tarikh :- 31 / 01 / 2009 (Sabtu)
………………………………………………………………………………………………
Tarikh :- 01 / 02 / 2009 (Ahad)
………………………………………………………………………………………………
YURAN SATU KURSUS RM 150.00 ( Tempat Terhad )
………………………………………………………………………………………………
Jabatan Perkhidmatan Haiwan Selangor (Jabatan Haiwan )
Sek. 15, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
(Belakang Balai Polis Sek 15)
Masa :- 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat Teori yang selesa
Teknik Pembenihan Ikan keli Ternakan Ikan Dalam Kanvas
Ternakan Siakap Ikan Dalam Kanvas
JAMINAN
Pembelian Balik produk yang dihasilkan oleh peserta
SIJIL PENYERTAAN
Oleh Kerajaan Negeri Selangor diberikan selepas tamat program
PENCERAMAH KURSUS
Mereka yang terbukti berjaya dan diiktiraf oleh PPIBM
KAEDAH KURSUS
Teori dan Praktikal ( Hand On Program )
Berminat Hubungi :-
014 – 630 5778 ( SAIFUL )
013 – 222 3579 ( NAZLI )
013 – 340 0717 ( WAN )
012 – 326 1310 ( ZAKI )
013 – 234 8215 ( WAHAB )
MAKLUMAT KURSUS URBAN AGRICULTURE
PENGENALAN
Kursus ini merangkumi pelbagai aspek perancangan dan pengurusan kerja-kerja program / projek.. Modul kursus akan melibatkan kuliah kerja amali (hands-on-experience) serta demontrasi yang akan dikendalikan oleh pakar-pakar tempatan yang berpengalaman.
OBJEKTIF KURSUS
Objektif kursus adalah seperti berikut :
i. Mendedahkan para peserta kepada proses perancangan, pelaksanaan serta pengurusan kerja-kerja program / projek
ii. Mendedahkan para peserta kepada teknik-teknik program / projek.
iii. Menyebarkan maklumat-maklumat terkini berkaitan industri yang berkaitan
iv. Menggalakkan interaksi dan kerjasama antara mereka yang terlibat dalam industri yang sama
PENDEKATAN KURSUS
Kursus yang dianjurkan ini akan menggunakan pendekatan formal dan informal. Aktiviti formal akan lebih tertumpu kepada pembelajaran berbentuk kuliah, pembentangan kertas kerja, pengagihan nota, dan penggunaan kemudahan ICT. Aktiviti yang tidak formal pula akan tertumpu kepada aktiviti perkongsian pandangan dan perbincangan, gerak kerja berkumpulan dan latihan amali.
SILIBUS KURSUS
i. Pengenalan kepada kursus dan sejarah .
ii. Pengenalan asas program / projek.
iii. Asas bahan media / medium
iv. Pengurusan bahan utama dan amalan tapak projek.
v. Teknik pemilihan dan program / projek.
vi. Penyelenggaraan program / projek
vii. Penyakit dan perosak.
viii. Teknik pemasaran yang mudah dan efisen
ix. Praktikal .
PERSATUAN PENTERNAK-PENTERNAK
IKAN BUMIPUTERA MALAYSIA
PROFIL PERSATUAN
Persatuan Penternak-penternak Ikan Bumiputera Malaysia (PPIBM) ditubuhkan pada 19 November 2008 bertujuan menyatupadukan penternak-penternak ikan bumiputera yang menjalankan penternakan di Malaysia.
MATLAMAT
1. Memperkasakan Industri Akuakultur Malaysia .
2. Memperkenalkan produk ke pasaran Global.
3. Membantu penternak-penternak bumiputera dalam pasaran.
4. Menstabilkan harga-harga ikan mengikut pasaran semasa dari pesaing bukan bumiputera.
5. Membela nasib penternak bumiputera
6. Membimbing penternak dengan kaedah penternakan moden dan terkini.
7. Membantu penternak baru.
8. Menyediakan latihan, bimbingan dan nasihat.
9. Penyelidikan dan pembangunan (R & D).
10. Menyediakan tempat dan lokasi penternakan .
11. Bantuan kewangan dan pinjaman.
12. Tabung bencana alam kepada penternak.
13. Insurans berkelompok.
14. Khairat kematian penternak.
15 Kemudahan-kemudahan yang difikirkan perlu
KEAHLIAN PPIBM
• Ahli-ahli PPIBM terbuka kepada semua bumiputera Malaysia .
• Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah keahlian melalui borang keahlian.
• Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah melalui Ahli Jawatankuasa Tertinggi persatuan.
• Ahli yang baru mendaftar dikenakan bayaran pendaftaran keahlian sebanyak RM50.00 sebagai bayaran kos pengurusan dan peralatan seperti kad keahlian, borang, surat-menyurat dan sebagainya..
• Yuran keahlian yang perlu dijelaskan adalah sebanyak RM120 (satu ratus dan dua puluh sahaja) setiap tahun dan boleh dijelaskan melalui tiga cara seperti berikut:
1. RM120.00 setahun (sekaligus).
2. RM60.00 (dua kali setahun).
KELEBIHAN MENJADI AHLI
• Setiap ahli diberi jaminan pasaran.
• Tiap-tiap ahli persatuan akan dilindungi oleh insurans berkelompok.
• Ahli mendapat tabung bencana alam apabila berlaku risiko penternakan seperti banjir, ribut dan sebagainya.
• Setiap ahli persatuan akan menerima khairat kematian dari persatuan.
• Pihak pengurusan persatuan akan memasarkan produk ke pasaran antarabangsa.
• Pihak pengurusan persatuan akan menyediakan bantuan kewangan dan pinjaman iaitu melalui kerjasama dengan pihak Agro Bank, dan TEKUN serta Kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani melalui dana khas dan badan kewangan lain.
• Setiap ahli dibimbing dengan kaedah penternakan moden dan terkini
• Menstabilkan harga ikan.
• Kemudahan-kemudahan lain yang difikirkan perlu oleh pihak persatuan.
Pada 13.1.2009 tempohari, Ops R2R telah diadakan di halaman utama Pekan Kg. Gajah. Dengan disertai 12 orang petugas MDPT, 8 orang penguatkuasa & 2 unit kereta peronda, mereka berjaya menyelesaikan masalah yang sering menghantui halaman utama Kg. Gajah.
Hasil persepakatan, Ops R2R ini dapat diselesaikan dengan aman tanpa berlaku sebarang kekecohan (Al-Maklum).
Penduduk Kg. Gajah mengucapkan terima kasih kepada seluruh petugas yang telah berjaya menjalankan tugas tersebut.
Besarlah harapan agar permasalahan pengumpulan sampah yang pada hakikatnya memudahkan MDPT itu sendiri akan tetapi merimaskan mata yang menontonnya saban hari.
Jelas persepakatan antara Pejabat Penyelia DUN, Majlis Daerah Perak Tengah & PDRM memungkinkan keindahan Pekan Kg. Gajah terjamin indah.
Provided by web design company web guide. |
©Template by Dicas Blogger.