JADUAL PROGRAM JANUARI / FEBUARI 2009
ANJURAN BERSAMA
PERSATUAN PENTERNAK IKAN BUMIPUTERA MALAYSIA
DAN
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
……………………………………………………………………………………………
Tarikh :- 31 / 01 / 2009 (Sabtu)
- TERNAKAN DAN PEMBENIHAN IKAN KELI
- TERNAKAN IKAN PUYU
………………………………………………………………………………………………
Tarikh :- 01 / 02 / 2009 (Ahad)
- PEMBUATAN MAKANAN IKAN AIR TAWAR / UDANG
- TERNAKAN SIAKAP SECARA INTENSIF DALAM KANVAS
………………………………………………………………………………………………
YURAN SATU KURSUS RM 150.00 ( Tempat Terhad )
………………………………………………………………………………………………
Tempat :- Dewan Kuliah
Jabatan Perkhidmatan Haiwan Selangor (Jabatan Haiwan )
Sek. 15, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
(Belakang Balai Polis Sek 15)
Masa :- 8.30 pagi - 5.00 petang

Tempat Teori yang selesa

Teknik Pembenihan Ikan keli Ternakan Ikan Dalam Kanvas
Ternakan Siakap Ikan Dalam Kanvas
JAMINAN
Pembelian Balik produk yang dihasilkan oleh peserta
SIJIL PENYERTAAN
Oleh Kerajaan Negeri Selangor diberikan selepas tamat program
PENCERAMAH KURSUS
Mereka yang terbukti berjaya dan diiktiraf oleh PPIBM
KAEDAH KURSUS
Teori dan Praktikal ( Hand On Program )
Berminat Hubungi :-
014 – 630 5778 ( SAIFUL )
013 – 222 3579 ( NAZLI )
013 – 340 0717 ( WAN )
012 – 326 1310 ( ZAKI )
013 – 234 8215 ( WAHAB )
MAKLUMAT KURSUS URBAN AGRICULTURE
PENGENALAN
Kursus ini merangkumi pelbagai aspek perancangan dan pengurusan kerja-kerja program / projek.. Modul kursus akan melibatkan kuliah kerja amali (hands-on-experience) serta demontrasi yang akan dikendalikan oleh pakar-pakar tempatan yang berpengalaman.
OBJEKTIF KURSUS
Objektif kursus adalah seperti berikut :
i. Mendedahkan para peserta kepada proses perancangan, pelaksanaan serta pengurusan kerja-kerja program / projek
ii. Mendedahkan para peserta kepada teknik-teknik program / projek.
iii. Menyebarkan maklumat-maklumat terkini berkaitan industri yang berkaitan
iv. Menggalakkan interaksi dan kerjasama antara mereka yang terlibat dalam industri yang sama
PENDEKATAN KURSUS
Kursus yang dianjurkan ini akan menggunakan pendekatan formal dan informal. Aktiviti formal akan lebih tertumpu kepada pembelajaran berbentuk kuliah, pembentangan kertas kerja, pengagihan nota, dan penggunaan kemudahan ICT. Aktiviti yang tidak formal pula akan tertumpu kepada aktiviti perkongsian pandangan dan perbincangan, gerak kerja berkumpulan dan latihan amali.
SILIBUS KURSUS
i. Pengenalan kepada kursus dan sejarah .
ii. Pengenalan asas program / projek.
iii. Asas bahan media / medium
iv. Pengurusan bahan utama dan amalan tapak projek.
v. Teknik pemilihan dan program / projek.
vi. Penyelenggaraan program / projek
vii. Penyakit dan perosak.
viii. Teknik pemasaran yang mudah dan efisen
ix. Praktikal .
PERSATUAN PENTERNAK-PENTERNAK
IKAN BUMIPUTERA MALAYSIA
PROFIL PERSATUAN
Persatuan Penternak-penternak Ikan Bumiputera Malaysia (PPIBM) ditubuhkan pada 19 November 2008 bertujuan menyatupadukan penternak-penternak ikan bumiputera yang menjalankan penternakan di Malaysia.
MATLAMAT
1. Memperkasakan Industri Akuakultur Malaysia .
2. Memperkenalkan produk ke pasaran Global.
3. Membantu penternak-penternak bumiputera dalam pasaran.
4. Menstabilkan harga-harga ikan mengikut pasaran semasa dari pesaing bukan bumiputera.
5. Membela nasib penternak bumiputera
6. Membimbing penternak dengan kaedah penternakan moden dan terkini.
7. Membantu penternak baru.
8. Menyediakan latihan, bimbingan dan nasihat.
9. Penyelidikan dan pembangunan (R & D).
10. Menyediakan tempat dan lokasi penternakan .
11. Bantuan kewangan dan pinjaman.
12. Tabung bencana alam kepada penternak.
13. Insurans berkelompok.
14. Khairat kematian penternak.
15 Kemudahan-kemudahan yang difikirkan perlu
KEAHLIAN PPIBM
• Ahli-ahli PPIBM terbuka kepada semua bumiputera Malaysia .
• Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah keahlian melalui borang keahlian.
• Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah melalui Ahli Jawatankuasa Tertinggi persatuan.
• Ahli yang baru mendaftar dikenakan bayaran pendaftaran keahlian sebanyak RM50.00 sebagai bayaran kos pengurusan dan peralatan seperti kad keahlian, borang, surat-menyurat dan sebagainya..
• Yuran keahlian yang perlu dijelaskan adalah sebanyak RM120 (satu ratus dan dua puluh sahaja) setiap tahun dan boleh dijelaskan melalui tiga cara seperti berikut:
1. RM120.00 setahun (sekaligus).
2. RM60.00 (dua kali setahun).
KELEBIHAN MENJADI AHLI
• Setiap ahli diberi jaminan pasaran.
• Tiap-tiap ahli persatuan akan dilindungi oleh insurans berkelompok.
• Ahli mendapat tabung bencana alam apabila berlaku risiko penternakan seperti banjir, ribut dan sebagainya.
• Setiap ahli persatuan akan menerima khairat kematian dari persatuan.
• Pihak pengurusan persatuan akan memasarkan produk ke pasaran antarabangsa.
• Pihak pengurusan persatuan akan menyediakan bantuan kewangan dan pinjaman iaitu melalui kerjasama dengan pihak Agro Bank, dan TEKUN serta Kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani melalui dana khas dan badan kewangan lain.
• Setiap ahli dibimbing dengan kaedah penternakan moden dan terkini
• Menstabilkan harga ikan.
• Kemudahan-kemudahan lain yang difikirkan perlu oleh pihak persatuan.