Monday, December 29, 2008
Monday, December 15, 2008
PAK LAH TERSENARAI DALAM 'GUINNESS MALAYSIA BOOK RECORDS' NGAPE???
TAHNIAH...PAK LAH MENJADI SAT-SATUNYA SETAKAT INI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG SERING KALI MENURUNKAN HARGA MINYAK......HEBAT YEK!!!!! Harga petrol, diesel turun 10 sen lagi Dec 15, 08 5:34pm |
Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Penurunan harga minyak bagi kali ketujuh sejak Ogos lalu itu, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini. Dalam satu kenyataan, Abdullah berkata, penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter itu adalah sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran. |
Sunday, December 14, 2008
Jenama Sosej Yg Tidak Boleh Dimakan
telah dikenalpasti dicampur usus babi adalah
** Gourmessa
** Muller's Haus
** Dew Fresh
** Puteri
** Miami Butcher House
** Maspac
Pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang menggunakan usus babi dan
memasarkan di pasaran tempatan adalah;
** Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa)
** German Delicatessen - Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh)
** Puteri Pan Pacific (Puteri)
** MiamiButcher House - Batu Feringgi (MiamiButcher House)
** Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh)
** Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac)
Projek Koordinator PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, di antara
hotel dan restoran yang disyaki menyajikan dan menjual sosej menggunakan
usus babi adalah
** Palace of Golden Horses
** Coffee Bean Tea Leaf
** Hotel Equatorial
** Ikea Cafe
** Muller Sausage.
Sila sebarkan pada rakan2 islam yg lain.
Saturday, December 13, 2008
MAJLIS PENYERAHAN PERALATAN ALTERNATIF DUN KG GAJAH
Seluruh Pengerusi JKKK DUN Kg Gajah berhimpun di Dewan Orang Ramai di sini bagi mejayakan Program Penyerahan Alatan Alternatif. Program ini julung kali diadakan selepas Kerajaan Pakatan Rakyat megambil alih tampuk pemerintahan Negeri Perak.
Antara peralatan yang diserahkan adalah pam penyedut air, mesin rumput dan khemah. Anggaran kos yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyelia DUN Kg Gajah sekitar RM 75 ribu untuk 53 buah kampung di dalam DUN Kg Gajah.
Ustaz Mustafa B. Shaari selaku Penyelia DUN mewakili YAB Dato’ Seri Menteri Besar diberi amanah untuk meyempurnakan majlis tersebut. Dalam ucapannya sewaktu berucap di dalam majlis serba ringkas itu beliau
mengingatkan semua JKKK agar menjaga amanah yang diberikan dengan baik. Turut hadir ialah Penghulu Mukim Sg Durian.
Thursday, December 11, 2008
BERITA SEMASA
P/s ... Jangan ingat deme senang-senang nak lepas kan kome dapat Balak, Lombong & Pasior, deme pun buat keroje melambat-lambatkan kelulusannye....cukup 3 tahun...Pilihanraye ...Haaa mangkor YOP